Sabtu, 12 Julai 2014

Berita Punca Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) Kerabat Diraja Johor di Pulau Rawa Mersing



Regina Soosalu


Berita Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) Kerabat Diraja Johor VVIP di Pulau Rawa Mersing Johor : Ya….Tahun 2014 ini, adalah tahun yang menyakitkan bagi negara kita Malaysia, selepas berhadapan dengan tragedi MH370 menyayat hati (SEPERTI DI SiNI).

Tidak lupa juga kes…..seksual membabit diplomat Malaysia dengan gadis New Zealand (BERITANYA DI SINI), kes penculikan warga asing di Sabah, kes bunuh wanita Perancis di Pulau Tioman serta kehilangan yang berakhir dengan kematian seorang pelancong dari Britain yang mana mayatnya ditemui di Pulau Tioman. 

Terbaru kes bunuh di Pulau Rawa Johor yang membabitkan model Estonia yang telah didakwa mati dibunuh di Pulau Rawa Mersing Johor yang menyebabkan negara Malaysia sekali lagi diangkat tahun ini di “peta dunia” semuanya dek kerana keterlibatan kes jenayah rakyat Malaysia terhadap warga asing.
  • Berita Semasa akui Pulau Jawa, Johor adalah suatu pulau yang sangat menarik dan sangat cantik sebenarnya
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa Pulau Rawa Johor ini adalah kepunyaan Kerabat Diraja Johor Tunku Muhammad Archibald. Tunku Muhammad Archibald? Siapakah beliau ini? Berita Semasa ada kongsikan di bawah ini. Teruskan membacanya….
Yang menariknya…..bagi kes pembunuhan Regina Soosalu dikatakan terdapat keterlibatan VVIP iaitu kerabat Diraja Johor dalam kes bunuh berprofil tinggi ini yang mana Tengku Alang Reza adalah teman lelaki dan kekasih Regina Soosalu.
Gambar Eksklusif Kerabat Diraja Johor : KLIK SINI
 

Latarbelakang & Biodata Tengku Alang Reza (Kekasih Regina Soosalu)

  • Tunku Alang reza

  • Tengku Alang Reza cucu kepada Tunku Muhammad Archibald
  • Tunku Muhammad Archibald adalah cucu kepada Almarhum Sultan Ibrahim dan juga merupakan sepupu kepada Sultan Iskandar
  • Dalam erti kata lain ayahanda Tunku Alang iaitu Tunku Alang Ibrahim adalah dua pupu kepada Sultan Ibrahim sekarang ini
  • Manakala Tunku Alang Reza adalah tiga pupu kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris yang bakal melangsungkan perkahwinan diraja (SEPERTI DI SINI) tidak lama sahaja lagi
  • Dan….Pulau Rawa Johor difahamkan pulau peribadi milik keluarga keturunan Tunku Muhammad Archibald

Kronologi Kes Bunuh Berita Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) di Pulau Rawa Johor

 

  • gambar Regina Soosalu

  • Regina Soosalu adalah teman wanita kerabat Diraja Johor Tengku Alang Reza Ibrahim sejak 3 Julai 2013
  • Berdasarkan temubual dengan kawan rapatnya Josiah Mizukami (rakan industri hiburan di Bangkok, Thailand), Regina Soosalu acapkali pergi menghabiskan masa bersama dengan Tengku Alang Reza di Pulau Rawa sepanjang tempoh 2 tahun.
  • Regina Soosalu tinggal di Kuala Lumpur
  • Pada 1 Julai 2014 : Regina Soosalu tiba di sebuah pusat peranginan Pulau Rawa, Johor dari Kuala Lumpur
  • Pekerja hotel nampak kelibat Regina Soosalu meninggalkan bilik penginapan dan berjalan kaki sendirian berhampiran dengan jeti dan selepas itu, tidak kelihatan kelibat Regina Soosalu lagi
  • Pada 1 Julai 2014 : Pada asalnya, Regina Soosalu disangka mati lemas selepas ditemui di pantai Pulau Rawa Johor
  • Tetapi, hasil siasatan mendakwa model Estonia, Regina Soosalu telah mati dibunuh dengan kejam selepas pihak polis telah menemui “kesan luka” yang meragukan
  • Ramai rakan-rakan fotografi , dan rakan-rakan model Regina Soosalu masing-masing terkejut dengan berita kematian dan kes pembunuhan Regina Soosalu yang hanya diketahui mereka sejak hari Isnin atau hari Selesa yang lalu selepas Regina Soosalu mati dibunuh
  • 8 Julai 2014 (Selasa) : Akhirnya teman lelaki bersuara dan berkongsi berita kematian Regina Soosalu di Facebooknya dan merasa terlalu tertekan untuk berbincang mengenai berita kematian kekasihnya itu, Regina Soosalu
  • 5 suspek telah ditahan antaranya ialah pelayan bar, dua pengendali bot, seorang pengurus resort dan seorang rakan kepada Tunku Alang Reza. Kesemua mereka berada di Pulau Rawa semasa Regina Soosalu ditemui mati paad 1 Julai 2014
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing menahan dua lagi lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun (Augustine) dan direman tujuh hari. Antaranya ialah Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim yang pernah didakwa di Mahkamah Majisterit kerana memiliki ganja seberat 5.84gm di Jalan Serigala berhampiran Taman Century sekitar pukul 11 malam pada 11 Januari 2014 di mana kes ini masih lagi berjalan.
Hari pertama datang ke Pulau Rawa Johor sudah pun dibunuh? Malang nasibnya. Persoalannya siapakah pembunuh Regina Soosalu? Jika dibunuh oleh pembunuh upahan, siapa dalangnya kes pembunuhan Regina Soosalu?

Pulau Rawa Mersing Johor suatu pulau yang kurang diperkatakan dan menjadi sebutan oleh rakyat marhaen sebagai salah satu destinasi pilihan percutian mereka. Tetapi Pulau Rawa Johor menjadi “panas’ apabila acapkali keluar berita kes jenayah yang berlaku di Pulau tersebut. Antaranya ialah :

 

Kejadian di Pulau Rawa, Johor

  • Mei 2012 : 4 warga asing terlibat dengan pergaduhan pengawal peribadi selepas dikatakan bertindak menceroboh bot peribadi milik Sultan Johor.
  • Oktober 2005 : Berlaku pergaduhan yang menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang dan 4 lelaki termasuk kerabat diraja Johor ketika berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan warganegara Brazil yang berpengkalan di Singapore
  • Terbaru?

 

Lagi Gambar Regina Soosalu dan Tengku Alang Reza

Semak gambar Regina Soosalu bersama teman lelaki & kekasihnya, Tengku Alang Reza di Pulau Rawa, pulau di Greece, dan juga kata-kata sedih Tunku Alang Reza di faceook mengenai berita kematian “pacarnya” Regina Soosalu

Tiada ulasan: