Ahad, 6 Julai 2014

Baki 1,519 guru ditempatkan secara berperingkat


Idris Jusoh


SHAH ALAM - Baki guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) seramai 1,519 orang bakal ditempatkan secara berperingkat September ini dan Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan perkara itu menerusi laman mikro Twitternya, hari ini.

“ISMP 2,733 graduan ditempatkan pada 1 Julai 2014.

"Penempatan seterusnya secara berperingkat, September 2014 dan Januari 2015.

"Tertakluk kepada kekosongan dan keperluan opsyen,” katanya.

Menurut jawapan Kementerian Pendidikan pada sidang Parlimen 11 Jun lalu, sejumlah 1,519 calon ISMP telah diperakui sebagai calon simpanan.

Manakala 2,733 graduan ISMP yang telah lulus temuduga dan layak untuk lantikan tetap DG41 telah ditempatkan pada 1 Julai lalu.

Tiada ulasan: