Khamis, 10 Julai 2014

Amaran Kepada Gereja, Jangan Cari Masalah

Syafiq Syazwan



alt


KUALA LUMPUR  - Pihak gereja diminta untuk tidak terus menerus mencari masalah dengan berkeras untuk menggunakan Kalimah Allah bag mentafsir God bagi agama Kristian yang membawa erti lain dari maksud bagi umat Islam.

Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan pihak gereja itu hanya akan mendatangkan masalah kepada masyarakat secara umumnya.

“Sebelum itu pun, kefahamannya kalimah Allah untuk orang Islam tetapi selepas Herald gunakan keluar arahan kepada mereka larangan untuk menggunakannya.

“Bagi orang Islam ia bukan sekadar kalimah, tetapi penyataan kepercayaan. Bila mereka sudah lalui proses mahkamah, hormatilah keputusan mahkamah. Tidak kisahlah apa jua keputusan mahkamah,"katanya yang dipetik dari Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang bertekad untuk menggunakan 'Allah' bagi acara keagamaannya seungguhpun telah dilarang ooleh Mahkamah Persekutuan.

Jelas Syed Hamid, CFM tidak perlu mencetuskan kontroversi atau provokasi dan perlu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam hal ini.

“Tidak kisahlah keputusannya 4-3 atau sebaliknya. Itu bukan soalnya. Proses kehakiman pun sudah dibuat.

“Negara ini akan lebih aman dan harmoni jika kita hormati keluhuran Perlembagaan. Jika semuanya dikelirukan, apa kesannya?," ujarnya.

Tegasnya lagi, negara akan menjadi lebih aman sekiranya tiada perselisihan seumpama ini dalam negara yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum jika ianya terus berlarutan.

“Ini penyataan kepercayaan dan jika mereka cabar, kita perlu berhati-hati supaya mereka tidak melahirkan suasana di mana menyinggung perasaan dan membangkitkan masalah di kemudiannya.

“Kita hairan macam mana daripada Lord, God, mereka terjemah kepada Allah dalam bahasa Melayu?," katanya lagi.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan akhbar The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah bagi mentafsir God lantas menafikan sebarang cubaan seumpamanya bagi penganut Kristian untuk menyamai 'Allah' dengan God bagi agama Kristian.

Presiden CFM Dr Eu Hong Seng walaubagaimanapun bertegas untuk menggunakan 'Allah'kerana dakwanya ia telah lama dipraktikkan terutama di Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: