Khamis, 3 Julai 2014

Aktivis NZ hantar notis 'pengusiran' pada Lynas

MALAYSIAKINI


Seorang senator 


Australia dan aktivis New Zealand merancang untuk menghantar "notis pengusiran" kepada ibu pejabat syarikat nadir bumi Lynas di Sydney pagi ini.

Menurut Senator Lee Rhiannon (kanan) dari parti Green dan aktivis alam sekitar Natalie Lowrey, mereka berbuat demikian bagi  menunjukkan "sokongan berterusan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Malaysia".

"Kami percaya harga kehidupan rakyat Malaysia sama seperti rakyat Australia.

"Saya tidak menyesal untuk bersama masyarakat Malaysia dan akan terus berkempen di sini di Australia supaya Lynas menutup loji penapisan toksik itu, membersihkan sisanya dan meninggalkan Malaysia," kata Lowrey dalam satu kenyataan bersama dengan Rhiannon hari ini.

Lowrey ditahan selama lima hari ketika berada di Malaysia kerana menyertai bantahan bersama peserta kempen anti-Lynas di Kuantan, dan dibebaskan minggu lepas.

Tiada ulasan: