Selasa, 10 Jun 2014

Pemimpin MCA, Gerakan sertai Kabinet Jumaat ini?

THE MALAYSIAN INSIDER


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melantik beberapa pemimpin MCA dan Gerakan dalam Kabinetnya pada Jumaat dalam apa yang dinamakan sebagai mini penyusunan semula Kabinet, namun tidak ada menteri yang akan diberhentikan.

Perdana menteri kini berada di Turkmenistan dalam rangka lawatan rasmi dua hari dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Khamis. Mesyuarat Kabinet dijangka diadakan pada Jumaat.

The Malaysian Insider menjangkakan empat ahli Parlimen daripada MCA dan dua ahli Parlimen Gerakan akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong disahkan akan dilantik menjawat jawatan menteri.

 Semasa pilihan raya kecil Teluk Intan baru-baru ini, Najib berjanji akan melantik Mah sebagai menteri jika beliau menang dalam pilihan raya kecil tersebut.

Ada 32 kerusi dalam Kabinet Najib sekarang. Sejak pembentukan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kerusi menteri pengangkutan dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang biasanya dipegang oleh menteri MCA.

Ini berikutan tindakan MCA menolak sebarang kerusi kerajaan ekoran pencapaian teruknya dalam pilihan raya tersebut.

Namun, dalam mesyuarat agung luar biasanya MCA bersetuju untuk memegang jawatan kerajaan semula termasuk menteri Kabinet. Jawatan timbalan menteri yang kosong ketika ini adalah timbalan menteri kewangan, pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: