Khamis, 26 Jun 2014

Pemilihan semula Cabang Puchong, Kelana Jaya ditangguh 10 Ogos

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Proses pemilihan semula KEADILAN Cabang Puchong dan Kelana Jaya ditangguhkan ke 10 Ogos ini.

_MG_5853Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pemilihan, Abd Malek Hussin, penetapan itu dibuat selepas perbincangan dengan anggota di kedua-dua cabang berkenaan berdasarkan Seksyen 9.3 Peraturan Pemilihan KEADILAN.

“Saya bagi pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan ini mengumumkan bahawa proses pemilihan semula bagi Cabang Puchong dan Kelana Jaya ditangguhkan ke 10 Ogos 2014,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, sebanyak 36 cabang sah untuk mengadakan pemilihan semula selepas melalui proses sesi pendengaran oleh Abdul Malek yang juga Pengerusi Panel Bantahan JPP.

Tiada ulasan: