Ahad, 22 Jun 2014

Pemilihan Cabang PKR Kuala Langat dicemari pergaduhan, ahli cedera

ANTARAPOS.COM
  Post Pic

BANTING: Seorang cedera apabila dipukul dalam pergaduhan antara dua kumpulan penyokong pemimpin pada pemilihan semula Cabang PKR Kuala Langat di sini pukul 7.10 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki cedera di bahagian kepala selepas berlaku salah faham di hadapan sebuah kedai makan di Taman Sri Putra berhadapa Dewan Orang Ramai kawasan itu.

Kekecohan berlaku ketika proses pemilihan itu hampir ditutup apabila satu pihak mendakwa pemilihan berkenaan didakwa tidak telus.

Dalam kejadian itu berlaku, pertengkaran dan bertikam lidah selain insiden baling kerusi di restoran tersebut.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

 

Tiada ulasan: