Selasa, 10 Jun 2014

Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR : Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin terhadap dua panda dengan memberi tempat tinggal istimewa mewah dan berhawa dingin, tetapi sanggup mengusir dan merobohkan rumah rakyat.

Suasana cemas itu berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.

Najib pandaSetiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.

Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.

“Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

“Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari ini (9 Jun) gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat,” dakwa Rozan.

chubadak3Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.

“Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.

“Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

Kawasan eksibit khas untuk panda berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

“Perkara ini membabitkan banyak prosedur dan perjanjian yang perlu diteliti, sudahlah pembayaran pampasan tidak adil, datang pula secara kasar dan tidak menghiraukan nyawa kanak-kanak apabila tetap merobohkan bahagian depan rumah,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Tiada ulasan: