Jumaat, 20 Jun 2014

MB: Penyelesaian isu BSM diumum Isnin ini

Oleh :LIZAWATI MADFA


KUALA SELANGOR- Negara (AG) berhubung isu pengambilan Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) awal tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, perbincangan berkenaan menjurus kepada pelaksanaan keputusan yang perlu dibuat dengan tertib dan cepat serta berlandaskan undang-undang.

MB“Kita takut jika terlalu lama nanti masyarakat merasakan keadilan itu tidak dibuat dengan cepat dan keputusan tidak dibuat dengan segera sehingga semua ternanti-nanti.

“Saya difahamkan pagi tadi penasihat undang-undang negeri sudah berbincang dengan AG, Isnin nanti saya akan adakan perbincangan dengan Exco Negeri untuk mengumumkan keputusan hasil perjumpaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan dana kepada enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari DUN Bukit Melawati di sini petang tadi.

Semalam, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi setiausaha sulitnya mengeluarkan kenyataan menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada naskhah Bible yang dirampasakan dipulangkan atau dilupuskan.

Ia turut menyatakan bahawa titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh AG agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

“Itu sebab kita berjumpa dan berbincang dengan AG, sebab maksud Tuanku semua keputusan harus berlandaskan undang-undang, jadi kita bincang (tatacara) yang perlu dilaksanakan.

“Ini untuk menjaga kepentingan semua pihak terutama BSM, juga kepentingan Kerajaan Negeri berhubung enakmen undang-undang masyarakat bukan Islam.

“Kita tunggu sampai Isnin untuk buat pengumuman,” katanya lagi.

Sejak Rabu, Abdul Khalid selama dua hari berturut-turut menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda dan keputusan muktamad dalam menyelesaikan kemelut rampasan Bible itu.

Abdul Khalid juga dijangka menemui BSM pada hari Isnin ini, selepas keputusan akhir isu yang kian berlarutan itu dicapai.EZY

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: