Sabtu, 21 Jun 2014

MB: Jawatan politik ada pasang surut & mencabar

Oleh :LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Jaminan jawatan dalam arena politik bukan sesuatu yang tetap dan sentiasa berdepan pasang surutnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata realiti itu adalah jauh berbeza dengan dunia korporat yang diceburinya sebelum ini yang biasanya menjanjikan kestabilan sesuatu jawatan.

Sumbangan Ramadhan MB aBagaimanapun, katanya, perbezaan itu diambil sebagai cabaran yang harus ditangani sejak mula memegang jawatan Menteri Besar sejak tahun enam tahun lalu.

“Perasaan tidak puas hati adalah perkara biasa. Tugas saya (kadang kala) berdepan dengan isu-isu sensitif dan bukan untuk mendapat keselesaan atau memuaskan semua pihak.

“Apa saya lakukan agar segala perkara atau isu dilakukan secara tertib, teratur dan mengikut lunas undang-undang yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Semalam, beberapa wakil rakyat PAS di Selangor meluahkan perasaan kurang senang dengan corak pentadbiran Abdul Khalid di Selangor.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kritikan yang diberikan kepadanya oleh rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dijadikan sebagai satu cabaran dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

“Jaminan jawatan memang tidak ada kerana saya kini dalam arena politik, bukan sektor korporat lagi, jadi saya ambil sebagai satu cabaran dan tanggungjawab,” katanya lagi.EZY

Tiada ulasan: