Ahad, 22 Jun 2014

MB: Guna air bekas lombong, jangan buat kenyataan tanpa kajian ilmiah

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran supaya semua pihak tidak membuat kenyataan tanpa sokongan ilmiah berhubung isu penggunaan air dari kolam bekas lombong bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Beliau berkata, sebarang hebahan kenyataan atau pendapat harus berpandukan kajian badan profesional untuk mengelak timbulnya salah faham dan kekeliruan terutama di kalangan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa kandungan toksik logam dalam air kolam terbabit ketika musim kemarau adalah berbahaya kepada pengguna.

empangan kini

“Kerajaan Negeri menganggap kenyataan ini harus disokong kajian ilmiah dan profesional, boleh jadi beliau (Charles) merasakan pakar di Malaysia termasuk doktor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak sampai ke tahap yang seharusnya (tidak memenuhi piawaian).

“Kita tidak boleh membuat kenyataan tanpa sokongan ilmiah kerana kalau tidak akan dianggap membuat spekulasi, orang awam boleh berbuat demikian tetapi kerajaan tidak boleh.

“Kita perlu beri peluang walaupun usaha yang dilakukan pihak tertentu itu pada dasarnya untuk menentukan rakyat mendapat kesahihan maklumat tetapi jangan digunakan untuk mendapat publisiti murahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Seni 7, di Seksyen 7, dekat sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, pihaknya sudah membuat kajian ilmiah terlebih dahulu dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Exco Negeri, Dr Ahmad Yunus untuk memantau usaha Selangor menggunakan air dari bekas lombong berkenaan sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab.

khalid pc blue pc 01Pada masa sama, beliau turut memaklumkan sudah mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk memanggil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Selangor termasuk beberapa pakar negara jiran untuk membuat kajian berhubung penggunaan air dari bekas lombong berkenaan.

Katanya, pengumuman lanjut berkenaan perkara itu hanya akan didedahkan dalam tempoh dua minggu lagi selepas kajian pakar luar siap sepenuhnya.

“Kita akan minta bantuan WHO dan Singapura untuk memberi penerangan kerana air mereka adalah hasil daripada bahan kimia yang sangat banyak dan boleh menilai perkara itu.

“Ramai rakan politik tidak suka diselidik Singapura tetapi kita menganggap ini satu usaha profesional yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

charlesPortal Malaysia Kini melaporkan Charles mendakwa ujian Kerajaan Selangor mungkin menunjukkan bahawa penggunaan air dari kolam bekas lombong bagi menangani masalah kekurangan air di negeri itu selamat, tetapi akan berbeza apabila tiba musim kemarau.

Beliau menjelaskan bahawa kandungan toksik logam dalam air kolam itu mungkin mencair ke tahap yang selamat dalam keadaan biasa yang menunjukkan bahawa selamat untuk dimimum.

Bagaimanapun, katanya, nisbah kepekatan logam berbahaya dan mungkin tidak lagi di tahap yang dianggap selamat ketika musim kemarau.-NFN-

Tiada ulasan: