Rabu, 11 Jun 2014

Kg Chubadak: Mana NGO Melayu – Mazlan



HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: “Mana suara-suara NGO yang kononnya jaga Melayu dan Islam,” tanya Mazlan seperti yang ditulis dalam Facebook beliau semalam. 
(Gambar : Rumah dirobohkan ketika penghuni masih ada di dalam rumah)

Ulasan itu rentetan dua buah rumah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dalam suatu operasi semalam.

Kawasan ini menjadi pertelingkahan apabila pemaju mahu penduduk berpindah ke kawasan lain kerana mahu memajukan kawasan ini.

Lokasi Kampung ini yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya.

Kawasan ini telah diteroka sejak tahun 1980-an lagi dan penduduk dikatakan telah memperoleh pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 - yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka bandar dan mereka perlu dibayar ganti rugi sekiranya kawasan ini ingin dimajukan.

 (Gambar : Salah seorang penduduk mencari sisa barangan yang boleh digunakan)

Pertelingkahan mula timbul pada tahun 1996, apabila DBKL membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Sejak itu, sedikit demi sedikit penduduk kampung ini dikeluarkan dan yang terbaharu membabitkan dua buah rumah.

“Kerajaan yang dipimpin oleh manusia seagama dan sebangsa tega bertindak zalim,” ulas Mazlan lagi.

Yang menyedihkan, dalam keadaan Ramadan makin hampir nasib mereka masih samar-samar di sebuah negara yang pemimpinnya Melayu dan beragama Islam.

1 ulasan:

Ziarah Services (M) Sdn Bhd (547303) H/P 0133370708 berkata...

nilaikan sendiri siapa yang patut dipilih untuk memerintah... pemerintah yang zalim atau pemerintah yang adil... contoh sudah terlalu banyak berlaku.. Lihatlah apa nasib rakyat di chubadak tambahan yang hanya berusaha untuk meneruskan kehidupan dan bukan untuk dapatkan wang berjuta-juta...