Sabtu, 14 Jun 2014

Kes dalam buangan, keluarga PI Bala saman Najib, Rosmah

MALAYSIAKINI



 


Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan "bukti baru", kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan mendiang.

Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan Deepak Jaikishan.

Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri Bala, AS Selvi dan tiga anaknya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tiada sebarang bukti menunjukan bahawa Bala di paksa ke India... Undang-undang negara juga terbukti semua pihak boleh menyuara bebas... persoalaan kenapa Bala tidak menyuara jika dia dipaksa ke India... kerana bala dengan rela ke India... malah bala juga pernah datang ke Malaysia 2-3 kali... jika benar dia dipaksa maka saya rasa confirm dia takat nak datang ke Malaysia disebabkan faktor keselamatan... tidak baik memfitnah seseorang tanpa bukti