MALAYSIAKINI
Masalah mendapan tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(KLIA2) tidak menjejaskan keselamatan lapangan terbang itu.
Sebaliknya, KLIA2 telah memenuhi standard antarabangsa, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata masalah mendapan itu akan terus dipantau oleh juru
runding bebas Ikram Premier Consulting (Ikram) dan Organisasi
Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO).
"Saya telah meminta MAHB (Malaysia Airports Holding Berhad) untuk
memberi kerjasama dalam perkara itu. Sekarang Ikram dalam fasa kedua
kajian dan ia memerlukan beberapa bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KLIA2 di Sepang hari ini.
Sebelum ini, kedua-dua juru runding bebas itu dilantik untuk menyiasat
dakwaan mengenai mendapan dan takungan air yang didakwa berlaku di
landasan dan kawasan tempat letak pesawat klia2.
Pada masa sama, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berpuas hati
dengan operasi KLIA2 berdasarkan maklum balas positif yang diterimanya.
"Tetapi ada beberapa perkara perlu ditambah baik seperti banyakkan papan
tanda dan kemudahan 'walkerlator' untuk keselesaan pengguna terutama
warga emas," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan