Selasa, 10 Jun 2014

Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Masyarakat dan pemimpin setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disaran menjadikan Sekinchan sebagai model pembangunan sektor pelancongan yang berjaya.

Ini berikutan usaha dan kerjasama berterusan antara masyarakat dan pelbagai pihak bertanggungjawab di daerah itu berjaya menjadikan Sekinchan sebagai salah satu produk pelancongan terkenal di negeri ini.

sekinchanExco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, walaupun Selangor mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan tetapi yang penting sekali adalah usaha masyarakat tempatan sendiri.

“Projek Kerajaan Negeri tidak akan berjaya jika tanpa inisiatif dan kerjasama masyarakat tempatan.
“Kenapa Sekinchan berjaya? Kerana mereka jalankan usaha, adakan aktiviti sendiri melibatkan semua lapisan masyarakat, wujudkan indentiti pelancongan mereka sendiri.

Sekinchan“Mereka juga libatkan pemilik kilang, hotel-hotel kecil, tempat makan, petani dan lain-lain,” kata Elizabeth dalam sidang media Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Antara produk pelancongan terkenal di Sekinchan, jeti pendaratan hasil laut yang bermutu dan segar, muzium padi, mangga Sekinchan, home stay, keindahan panorama sawah padi dan industri kecil sederhana (IKS) dan produk makanan kampung.

Sektor Pelancongan di Sekinchan mula mendapat nafas baru pada 2008 apabila usaha berterusan masyarakat Sekincahan mendapat perhatian sebaik Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Berbanding sebelum 2008, hari ini jeti-jeti di Pantai Redang, Sekinchan khususnya menjadi tumpuan bas-bas pelancong luar sekaligus meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.EZY

Tiada ulasan: