Ahad, 15 Jun 2014

Isu Bible: MB panggil Exco, MAIS & Penasihat Undang-Undang tetap keputusan

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengambil perhatian kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Adzib Mohd Isa berkenaan isu pengambilan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri Datuk Seri Setia Mohd Tamyes Abd. Wahid, Exco Agama Salehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.

MB“Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus,” kata Menteri Besar dalam kenyataan media.

Khamis lalu, Peguam Negara memutuskan kes BSM ditutup kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan Kerajaan Negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengedali barang kes yang diambil daripada BSM.

Kerajaan Negeri kemudiannya meminta JAIS mendapat khidmat nasihat Salehen dan Datuk Nik Suhaimi tentang prosedur dan tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.

Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara menutup kes dan mendakwa Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.EZY

Tiada ulasan: