MALAYSIAKINI
Presiden NGO pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berpendapat masih ada ruang
untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (BSM) kerana keputusan Peguam
Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mutlak.
Katanya, pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.
Peruntukan berkenaan, yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) untuk menyerbu premis BSM pada Januari lalu, boleh dikuatkuasa
dan digunakan untuk pendakwaan.
Menurut Hasan, sesetengah pakar dan pengamal undang-undang menganggap
keputusan Abdul Gani Patail menutup kes itu tidak bermakna kes tidak
boleh diteruskan.
"Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal
undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada ruang dan cara
yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.
Sampai masanya
"Setahu JATI, sejak Enakmen ini berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun
yang lalu, belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan.
"JATI berpendapat, sampailah masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.
"Persoalan sah ataupun tidaknya peruntukan yang terdapat di dalam
Enakmen ini terpulanglah kepada budi bicara dan keputusan Mahkamah
kelak," kata beliau
Walaupun tidak menyebut BSM secara khusus, kenyataan itu menunjukkan
Hasan mahu BSM dikenakan tindakan kerana memiliki naskhah Bible
terbabit.
Beliau yang juga hekas exco hal ehwal agama Selangor menyelar menteri
besar yang memangku jawatan tersebut, kerana didakwa mengunci mulut
mengenai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan ke
atas BSM.
"Bagi JATI amatlah malang dalam mana menteri besar seorang Muslim dengan
sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim tidak dapat
mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri.
"Mereka dilihat sebagai pihak yang mengiyakan sahaja kehendak rakan
kongsi politik khususnya DAP, PKR dan beberapa kerat pimpinan PAS yang
atas nama pakatan politik mereka sanggup membelakangkan Islam demi
mengekal dan memperluaskan sedikit kuasa yang mereka perolehi," kata
beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan