Sabtu, 21 Jun 2014

2 Adun DAP Melaka mogok lapar



Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiu (Bandar Hilir) bertindak sedemikian bertujuan mendesak polis mengambil berat berhubung kadar jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

melaka_misc_300x200
MELAKA: Dua Adun DAP dari Melaka mengadakan mogok lapar selama 24 jam bermula kelmarin di  hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiu (Bandar Hilir), bertindak sedemikian bertujuan mendesak polis mengambil berat berhubung kadar jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

“Kami mewakili rakyat Melaka dan berharap dengan tindakan sebegini, polis akan memberikan jawapan bagaimana mereka akan bertindak untuk menangani kadar jenayah yang semakin meruncing di negeri ini.

“Sebelum ini kami sudah menggunakan beberapa saluran termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis dan membangkitkan isu kadar jenayah ini di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Walaubagaimanapun kami melihat tiada perubahan. Kadar jenayah yang meruncing ini membimbangkan rakyat negeri ini.

“Justeru itu kami mengambil langkah terakhir ini iaitu mogok lapar dengan harapan pihak polis akan melakukan sesuatu untuk mengawal kadar jenayah di Melaka.

“Saya harap pihak polis menubuhkan satu jawatankuasa khas dengan segera untuk tangani kes jenayah yang semakin meningkat di Melaka.

“Saya harap lebih ramai anggota polis ditugaskan di barisan hadapan (frontline),” kata Khoo.

Tiada ulasan: