Rabu, 28 Mei 2014

Surat Terbuka kepada Pengundi Teluk Intan – Lim Guang Eng

lge


Surat Terbuka kepada Pengundi Teluk Intan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 28 May 2014

LIM GUAN ENG

Mempertahankan harapan dan masa depan bersama


BN dan UMNO menguruskan pilihanraya Teluk Intan dengan cara yang sama mereka menguruskan negara, dengan memainkan perasaan anda terhadap ketakutan dan segala yang buruk dengan menggunakan pembohongan, kata makian dan kebencian. Cubaan mencemarkan karakter calon wanita muda kami, Dyana Sofya dan juga ibunya, menunjukkan BN dan UMNO telah jelas kehilangan mandat untuk mentadbir dan kehilangan hak untuk mewakili rakyat Teluk Intan.

BN hanya tahu menyebarkan kebencian kerana hanya inilah sahaja justifikasi terhadap rasuah dan salahguna kuasa yang mereka lakukan. BN hanya tahu bagaimana untuk bermain dengan ketakutan anda demi menutup kesalahan mereka mentadbir ekonomi dan mengakibatkan fenomena Barang Naik termasuk kenaikan harga petrol, gula, elektrik dan bayaran insuran kenderaan serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bukannya 1Malaysia, tetapi sebaliknya 1MDB yang mendapat puluhan bilion ringgit dana rakyat dalam pelaburan berisiko hanya untuk kepentingan kroni. Berbanding menguruskan kesengsaraan akibat kenaikan harga barang, rakyat Malaysia disuruhnya makan kangkung. Berbanding melakukan sesuatu untuk menaikkan bayaran gaji, lebih ramai pula pekerja asing dibawa masuk. Daripada membela hidup rakyat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad pula dinaikkan darjatnya dengan kenaikan tarif elektrik supaya menambah keuntungan dan nilai sahamnya.

Kami boleh menyelesaikan masalah anda seandainya kami memenangi Putrajaya. Kami telah tunjukkan apa yang kami mampu lakukan di Pulau Pinang, dan kami boleh lakukan yang lebih baik di peringkat nasional. Sepertimana kami lakukan di Pulau Pinang; kami membantu warga emas, ibu tunggal, mahasiswa, orang kurang upaya, ibu-ibu tidak bekerja, pemandu teksi, nelayan, masalah kekurangan rawatan dialisis serta memperbaiki infrastruktur sekolah demi meningkatkan kualiti pendidikan.

BN dan UMNO sudah habis akal dan tidak ada alasan lagi untuk menerangkan kenapa slogan 1Malaysia sudah tidak kelihatan. Sebabnya mudah sahaja. Ini semua angkara sebuah lohong hitam yang bernama 1MDB, yang menelan puluhan bilion duit rakyat dalam pelaburan berisiko oleh mereka yang diragui kepakarannya, hanya untuk mengkayakan kroni.

Terlalu sedikit kepercayaan yang ada sewaktu 1Malaysia dilaungkan, tambah sedikit apabila slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ diambil alih oleh pelampau kaum dan agama yang menyebarkan kebencian dan keganasan. Masanya telah tiba untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu, di mana seorang pemimpin Melayu boleh menjaga yang bukan-Melayu dan pemimpin yang bukan-Melayu boleh menjaga orang Melayu.

Teluk Intan adalah langkah pertama kita menuju Putrajaya pada tahun 2017 nanti demi meletakkan noktah kepada perpecahan dan politik perkauman yang dibawa oleh BN.

BN sudah tidak ada alasan. Di bawah BN, harapan dan masa depan yang cerah hanya dijanjikan untuk anak-anak pemimpin BN dan kroni mereka.

BN tidak peduli tentang kelangsungan hidup anda yang akan terkesan akibat kenaikan harga barang dan GST. BN tidak peduli masa depan yang memberi peluang saksama yang anda mahukan untuk anak-anak anda, dalam sebuah negara Malaysia yang bersih dan selamat daripada ancaman jenayah.
Anda tidak ada harapan mahupun masa depan di bawah BN. Undilah Pakatan Rakyat dan calon DAP, Dyana Sofya demi mempertahankan harapan dan masa depan bersama!

Tiada ulasan: