Khamis, 29 Mei 2014

Abby Abadi harap dapat selesai secara baik

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Abby Abadi redha dengan ketentuan perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar tetapi masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik, lapor mStar Online.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Bekas suami Abby, Norman Halim pernah memberitahu dia terkejut apabila mengetahui mengenai situasi Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan.

Sebelum ini, para peminat Abby mendoakan agar rumah tangganya yang dipercayai menghadapi masalah pertengahan Mei agar kembali pulih.

Kebanyakan mereka mengharapkan Abby tabah menghadapi ujian rumah tangga dengan tenang.
Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Julai 2013

Tiada ulasan: