Sabtu, 19 April 2014

Kenyataan MB Negeri Sembilan sedia jual air ke Selangor perbodohkan rakyat, kata Adun

THE MALAYSIAN INSIDER



























 Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) yang bersedia untuk menjual air terawat ke Selangor adalah kenyataan pembodohkan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson daripada PKR, Ravi Munusamy.

Beliau juga menyifatkannya sebagai kenyataan yang sombong kerana Negeri Sembilan sendiri mengalami masalah air.

“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air. Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” katanya seperti yang dilaporkan Selangorkini.

Ravi turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.

“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, diminta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Ini ekoran krisis air yang dihadapi Selangor dan Kuala Lumpur sehingga ia terpaksa dicatu.

Ravi berkata, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia menjual air kepada orang lain,” katanya.

Tiada ulasan: