Ahad, 13 April 2014

Hishammuddin Nafi Pembantu Juruterbang MH370 Buat Panggilan

alt
 
Bernama 
 
 
KLUANG  - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang. 
 
Beliau berkata, jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi. 
 
"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata, sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain. 
 
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Tiada ulasan: