Sabtu, 29 Mac 2014

Zuraida umum tanding semula jawatan Ketua Wanita


Zuraida 
Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Wanita kami, YB Zuraida Kamaruddin kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil Kajang.

KEADILAN DAILY

Sehubungan dengan itu, kami juga ingin memberi sokongan penuh dan penghargaan tinggi kepada YB Zuraida kerana sudi bertanding semula jawatan sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Oleh kerana KEADILAN mengamalkan pemilihan parti secara langsung berdasarkan konsep satu ahli satu undi, kami yakin bahawa sokongan akar umbi kuat terhadap YB Zuraida.

Pemilihan parti merupakan sebuah proses demokrasi yang mustahak untuk membentukkan sikap ataupun kebudayaan politik yang matang.
Kami berharap bahawa kesinambungan YB Zuraida sebagai Ketua Wanita akan turut disokong oleh anggota-anggota lain dari semua lapisan dari peringkat cabang sehingga ke peringkat pusat.

Noor Sham Abu Samah
Naib Ketua Wanita Pusat
Poziyah Hamzah
Ketua Wanita Perlis
Fathmawaty Salim
Ketua Wanita Perak
Norhayati Jaafar
Ketua Wanita Pulau Pinang
Noraini Haji Husin
Ketua Wanita Kelantan
Mahani Masban
Ketua Wanita Melaka

Tiada ulasan: