Rabu, 5 Mac 2014

Suhakam: Tiba masanya polis fahami PAA

MALAYSIAKINI

 




Pasukan polis perlu "mengubah minda mereka" sewaktu menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan menghormati peruntukan perlembagaan yang memberi hak untuk berhimpun.

Bercakap dalam forum reformasi polis di ibu negara semalam, Timbalan Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Khaw Lake Tee (kanan) berkata polis dilihat memberi gambaran bahawa protes rakyat sebagai satu cubaan mencabar autoriti mereka.

Khaw berkata banyak cara berfikir pasukan polis perlu ditukar dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman yang bertukar menjadi rusuhan di mana mereka sepatutnya memudah cara bagi memastikan keselamatan rakyat.

"Tetapi jika peserta enggan menuruti arahan kamu, di sana ada peruntukan untuk kamu ambil tindakan - hak polis untuk menguat kuasa undang-undang tidak boleh dinafikan.

“Tetapi kamu jangan terus mengambil tindakan kerana mereka ada di sana.

"Inilah bagaimana polis benar-benar berfikir - sesuatu perhimpunan adalah mencabar kuasa mereka, dan kamu (peserta) mengganggu perniagaan dan bisnes dan menghambat pelancong," katanya.

Tiada ulasan: