Jumaat, 28 Mac 2014

Senarai Penumpang MH370 Malaysia Airlines (Islam) Syahid Akhirat Diistiharkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

 

MH370 Syahid



Senarai Penumpang MH370 Malaysia Airlines (Islam) Syahid Akhirat Diumumkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan : Sebelum Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun bersidang bagi membincangkan isu dan perkara berbangkit disebalik tragedi MH370 dan juga nasib yang menimpa senarai penumpang MH370 Malaysia Airlines.

Dan…Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan tiada keperluan pun untuk diadakan pun solat jenazah Ghaib buat masa ini untuk penumpang penumpang MH370 Malaysia Airlines yang beragama Islam kerana operasi mencari Mh370 terus dijalankan. Sebab…..

Sebab tiada asasnya bukan? Bukti kemalangan walaupun cebisan mayat pun tiada yang mana solat jenazah hendaklah diniatkan kepadaa orang islam sahaja

Lagipun di dalam Islam ada tempoh 4 tahun untuk mengistiharkan seseorang itu sudah meninggal dunia atau tidak
  • PM Najib sudah umum MH370 terhempas di Koridor Selatan lautan Hindi, dengan bantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.
  • Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam.
  • Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.
Tanpa ragu-ragu, Johor dan negeri Pahang telah pun kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung. Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.

Majlis Fatwa Kebangsaan MH370

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan : Kami Istiharkan Penumpang & Krew MH370 (Islam) Syahid Akhirat

Tiadak semena-mena, terbaru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian & dan mengistiharkan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin. Mungkin mereka ada sebab dan asas yang kuat untuk mengatakan sebegitu rupa.

Apa maksud syahid akhirat? Syahid akhirat adalah golongan yang tidak akan melalui timbangan atau titian siratul mustakim,dimana mereka terus direct masuk syurga. Mayat mereka juga tidak perlu dimandikan kerana sudah dimandikan oleh para malaikat. Contohnya :
  1. - mati berperang kerana agama
  2. - mati berperang mempertahankan negara
  3. - mati berperang kerana mempertahankan maruahnya( contohnya perempuan yang dirogol)
  4. - mati dibunuh kerana menyelamatkan hartanya (contohnya mati kena ragut sampai mati atau kerana rompakan)
  5. - mati semasa melakukan ibadah (sedang bersolat tiba-tiba ditembak)
Adapun begitu halnya, janganla ada yang salah faham. Syahid ini hanya terjadi pada orang Islam sahaja. (no offence to non muslim readers, this is fact by quran for muslim).

P/S : Kelihatan begitu cuma majlis fatwa terlalu cepat menghukumkan mereka telah meninggal dunia. Besar kesannya. Apa sebab dan keterangan disebalik pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan tidak didedahkan pula.

PP/S : Manusia hanya mampu merancang, Allah yang mnentukannya yang terbaik bagiNya

Tiada ulasan: