Isnin, 31 Mac 2014

MH370: Timbalan Menteri Pertahanan bohong, kelirukan negara


lim lip eng



KUALA LUMPUR: DAP mendesak untuk merujuk Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan berhubung kehilangan pesawat MH370 minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, berkata Abdul Rahim, Rabu lalu menyatakan bahawa tentera tidak bertindak apabila melihat penerbangan tidak dikenali pada radar kerana percaya pihak kawalan trafik udara di Subang mengarahkannya untuk berpatah balik.

“Kenyataan beliau adalah paling bercanggah dengan yang dibuat kerajaan mengenai kehilangan MH370.

“Versi manakah sebenarnya yang betul? Kita tidak mahu seorang Timbalan Menteri yang bercakap lain di dalam dan lain di luar.

“Beliau harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya tidak berlaku lagi pada masa depan sebarang kenyataan mengelirukan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Lip Eng menegaskan, walaupun Abdul Rahim mengakui bahawa kenyataannya itu adalah tidak benar dalam satu kenyataan bertulis Parlimen, namun beliau tidak secara rasmi meminda rekod Parlimen seperti dikehendaki mengikut Perintah Tetap Aturan 36 (12).

“Peraturan 36(12) memperuntukkan mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan disifatkan sebagai menghina Dewan dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Lagi pun, apa yang diperkatakan beliau minggu lalu masih direkod dalam Hansard Parlimen,” tegasnya. – Roketkini,com

Tiada ulasan: