Rabu, 5 Mac 2014

Jentera PAS ambil pengalaman K.Besut, Sg Limau

SALMIYAH HARUN 


KAJANG: PAS mengharapkan pengundi di Dun Kajang keluar beramai-ramai untuk membuang undi pada pilihan raya kecil Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, PRK Kajang adalah berbeda daripada PRK yang lain kerana ia menampilan calon yang berprofil tinggi dan cukup dikenali ramai.

"Pakatan Rakyat akan letak calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih baik daripada MCA sekali gus kita jangka pengundi yang ada di dalam Kajang ini akan keluar melebihi 80 peratus," kata Hatta dalam program Pelancaran Jentera PRK PAS Kajang semalam.

Bahkan katanya, dengan kesediaan jentera pilihan raya di peringkat negeri serta jentera dari seluruh negara khsusnya daripada PAS akan membantu untuk memberi pertambahan majoriti calon Pakatan Rakyat.

"Kita dapat membentuk jentera parti dan keseluruhan jentera ini kita lancarkan. Jentera kita telah siap sedia dalam PRK ini, dengan pengalaman dalam siri beberapa PRK di Kuala Besut dan Sungai Limau.

"Jentera ini akan melaksanakan lagi tugas mereka dalam PRK kali ini dengan lancar," katanya.

Pelancaran jentera PAS hari ini, bagi Hatta ianya membuktikan PAS memberi sokongan besar kepada Pakatan Rakyat sekali gus menolak tohmahan Umno BN bahawa komponen parti berpecah.

"Dalam setiap PRK yang berlaku kita berkerja sebagai satu pasukan yang kuat, demi menumbangkan Umno BN," katanya.

Tiada ulasan: