Selasa, 18 Februari 2014

Jawatankuasa Disiplin MIC Akan Pantau 10 Pemimpin Parti

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin MIC akan memantau rapi pergerakan 10 pemimpin parti bagi tempoh dua bulan akan datang sebelum mengambil tindakan tegas ke atas mereka kerana dikatakan menentang kepimpinan parti.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat jawatankuasa itu selama tiga jam di ibupejabat parti di sini Isnin, kata pengerusi jawatankuasa, Tan Sri Datuk Dr K.S Nijhar.

"Jawatankuasa Disiplin akan bersidang lagi dalam masa dua bulan untuk menentukan sama ada tindakan disiplin harus diambil ke atas mana-mana pemimpin itu.

"Jika didapati bersalah, mereka akan dipecat daripada parti atau digantungkeanggotaan untuk tempoh tertentu,” kata Nijhar dalam kenyataan di sini, Isnin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama atau jawatan sepuluh pemimpin berkenaan.

Nijhar menarik perhatian bahawa mesyuarat, yang bermula pukul 11 pagi, juga membincangkan isu-isu berkaitan dakwaan yang menyentuh pemilihan parti yang berlangsung pada 30 November lepas di Melaka. - BERNAMA

Tiada ulasan: