Isnin, 13 Januari 2014

Pelajar Asing Boleh Semak Status Pas Pelajar Dalam Talian

 MSTAR ONLINE
 
 
PETALING JAYA: Pelajar antarabangsa yang ingin belajar di universiti-universiti di Malaysia kini boleh menyemak status permohonan pas pelajar mereka secara dalam talian dengan Sistem Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS).

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS Yazid Hamid berkata dengan perkhidmatan baru dan lebih tepat itu, kemas kini boleh diperolehi dengan mudah dan jika terdapat sebarang isu ia boleh dikenal pasti dengan serta-merta.

"Pada masa lalu, pelajar antarabangsa terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh institusi mereka kerana permohonan dikemukakan bagi pihak mereka.

"Itu menyebabkan ramai pelajar buntu dan terpaksa mengambil jalan untuk mengetengahkan masalah mereka melalui kedutaan mereka atau media," katanya.

Sistem EMGS telah ditawarkan untuk mengendalikan peningkatan jumlah pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia.

Walaupun berdepan masalah awal, EMGS berharap dapat mencapai piagam pelanggannya dengan mengeluarkan pas pelajar dalam tempoh 14 hari tidak lama lagi.

Kira-kira 47,000 permohonan dan pembaharuan telah diproses oleh EMGS pada tahun 2013.

Pelajar boleh menyemak permohonan mereka dalam talian di www.educationmalaysia.gov.my/EMGS/application/searchForm .

Tiada ulasan: