Khamis, 30 Januari 2014

Kadar inflasi sembilan bulan pertama 2014 dijangka naik

Basyar Abkdir
inflasi_
 
PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan peningkatan inflasi dalam sembilan bulan pertama tahun 2014 dan penurunan kadar mata wang Ringgit Malaysia berpunca dari dasar pemotongan subsidi yang dilakukan kerajaan.

“Bank Standard Chartered mengunjurkan kadar inflasi mencecah 3.4 peratus pada awal sembilan bulan pertama 2014 (3.2 peratus pada Disember 2013).

“Inflasi pada tahap tersebut (3.4 peratus) adalah unjuran yang tertinggi berbanding negara-negara di rantau ini,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Dalam pada itu kata Anwar, laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika terus jatuh ke paras RM3.50 berbanding RM 3.30 sekarang.

“Maknanya program pemotongan subsidi yang dijalankan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempunyai kesan buruk kepada rakyat.

“Sedangkan ia tidak membantu kepada kedudukan ekonomi negara.

“Alasan bahawa program pemotongan subsidi rakyat adalah diperlukan demi mengukuhkan ekonomi negara nampak songsang apabila petunjuk ekonomi yang lain tidak memberangsangkan.” katanya.

DSAI_INFLASISehubungan itu Anwar menggesa Najib menghentikan pemotongan subsidi bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terus meningkat.

“Hentikan serta merta program pemotongan subsidi yang kini dijalankan kerajaan beri kesan besar kepada usaha untuk menangani masalah kenaikan harga barang

“Isyarat ini akan meredakan keresahan di kalangan rakyat dan peniaga yang kini berdepan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas,” katanya.

Tiada ulasan: