Ahad, 5 Januari 2014

Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik


OLEH YISWAREE PALANSAMY

Isu penggunaan kalimah 'Allah' semakin meruncing yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Gambar The Malaysian Insider. 


Isu penggunaan kalimah 'Allah' semakin meruncing yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Gambar The Malaysian Insider.Pertelingkahan tentang kalimah Allah di Malaysia telah merebak daripada sekadar di media sahaja akibat penghakiman kabur yang telah mengelirukan kumpulan konservatif Islam dan sikap tidak peduli Putrajaya untuk menyelesaikannya, kata ahli akademik memberitahu The Malaysian Insider.

Penggunaan perkataan ini oleh Kristian menjadi tajuk berita minggu lalu selepas Paderi Katolik berkata undang-undang Islam Selangor itu tidak terpakai bagi masyarakat Kristian, mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) dan menyita 320 Bible versi Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah – bertentangan dengan perjanjian persekutuan bahawa Bible bahasa Melayu boleh digunakan di Malaysia.

"Kita mempunyai dua situasi di sini; berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan menafikan hak mingguan Katolik Herald untuk menggunakan perkataanAllah dalam penerbitannya, membuka persoalan sama ada selain daripada penerbitan itu boleh menggunakan perkataan itu atau tidak.

"Satu lagi ialah kumpulan hak Melayu melihat keputusan itu sebagai muktamad bahawa semua orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah, ia satu lagi kekeliruan," kata Profesor Datuk Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa, lebih teruk lagi, tidak ada apa-apa percubaan oleh mana-mana agensi kerajaan untuk menjelaskan perkara itu selepas Mahkamah Rayuan telah membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 yang membenarkan Herald untuk menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayu.

"Perkara ini telah diperbesarkan dan dieksploitasi untuk sebab-sebab politik," kata Abdul Halim, yang merupakan setiausaha bagi keselamatan politik dan hal ehwal antarabangsa, satu portfolio  dalam Majlis Profesor Negara (MPN).

"Malah kerajaan kelihatan keliru mengenai perkara tersebut dan Jais seolah-olah mempercayai bahawa penghakiman mahkamah itu memberi mereka hak untuk menyerbu BSM dan merampas  teks agama mereka," katanya.

Serbuan Khamis lalu membawa kepada kritikan daripada ahli-ahli politik, pemimpin agama dan peguam yang mengatakan ia tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang walaupun Jais telah membawa polis bersama-sama dalam menguatkuasakan undang-undang negeri.

Abdul Halim berkata, perkara itu perlu dibincangkan untuk membersihkan suasana dan untuk mengelakkan ketegangan antara agama. Kristian membentuk hampir 10% daripada 29 juta penduduk di Malaysia, di mana agama rasmi adalah Islam.

"Pada saya, hakim-hakim seolah-olah cuba untuk bermain dengan selamat. Jadi ini adalah hasilnya, di mana semua orang menafsirkan penghakiman untuk kepentingan mereka dan sewenang-wenangnya," katanya, merujuk kepada hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

Abdul Halim juga berkata penghakiman Mahkamah Rayuan adalah "lebih kepada keputusan dasar dan bukan dibuat untuk menyelesaikan masalah ini."

"Perkara ini perlu dibersihkan dan tidak boleh berpanjangan ... orang akan memutarbelitkan penghakiman yang sudah kabur,"katanya.

Tetapi ahli akademik itu berkata kerajaan perlu melakukan lebih daripada sekadar mendiamkan diri dalam isu ini.

"Berlagak menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ketika menghadapi isu panas adalah salah. Juga, ia adalah salah untuk menafikan hak-hak perlembagaan dan hak agama Kristian.

"Kita tidak boleh meletakkan kepercayaan mereka sebagai pihak yang bertanggungjawab kerana penghakiman itu yang menyebabkan masalah,"katanya.

Ahli-ahli politik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) merayu agar masyarakat bertenang dan menghormati penghakiman, yang sebelum ini berkata ia hanya boleh digunakan  kepada Herald sahaja dan tidak masyarakat Kristian.

Umno Selangor menyalahkan Editor Herald Paderi Lawrence Andrew yang mengatakan bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan “Allah” dalam perkhidmatan hujung minggu dalam Bahasa Malaysia walaupun niat Jais untuk menghantar peringatan kepada Enakmen Negeri 1988 melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu.

Paderi Andrew telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkara 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap kumpulan agama yang berhak mengurus hal ehwal agama masing-masing.

"Agama kita tidak boleh diuruskan oleh mana-mana badan Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami akan terus menggunakan perkataan Allah di kalangan kita," katanya, sambil menambah bahawa Jais sebagai badan Islam tidak mempunyai bidang kuasa ke atas badan-badan agama lain.
"Pada masa ini, kes itu masih di mahkamah dan tiada keputusan telah dibuat lagi. Mereka tidak boleh membuat keputusan awal mengenainya," editor Herald itu menambah, merujuk kepada langkah Gereja Katolik untuk membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pegawai polis berkata kenyataan Paderi Andrew kepada The Malaysian Insider mendorong sekurang-kurangnya 86 laporan polis dibuat di Selangor sahaja. Polis telah mula menyiasat isu itu di bawah Akta Hasutan dan telah menemuramah tiga wartawan daripada The Malaysian Insider.

Terdapat juga cadangan untuk tunjuk perasaan di luar gereja hari ini tetapi Umno Selangor telah berkata ia tidak akan menjalankan demonstrasi walaupun kumpulan konservatif Islam dan Melayu yang lain berkata mereka akan mengadakan perhimpunan terhadap Kristian pada hujung minggu ini.

Tiada ulasan: