Ahad, 26 Januari 2014

Gempur akhir Turun 2.0 Pulau Pinang esok ( Ahad )


Oleh Khairul Ishak


Himpunan Aman Turun 2.0 atau Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat diteruskan seperti yang diumumkan sebelum ini  iaitu pada Ahad, 26 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Rafizi Ramli (017-3285000), Fariz Musa (019-9900288) dan Din “Blogger Sharp Shooter” (016-469 5343) bersama-sama Jingga 13 serta Wanita Keadilan akan berkumpul dari Bandar Sunway.

Chegubard (017-668 8404) dan Nizam (017-5704272) bersama-sama grup Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) akan berkumpul dari Stesen Minyak Caltex-Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.

Haji Mohamad Sabu (016-9311381), Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa (016-440 3164) dan Major Ariffin (019-433 7119) akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Semilang.

Pak Jab, Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa (012-3191985) Zulkefli Saad (013-4362848) bersama-sama NGO Lar-Gar! akan memimpin perhimpunan dari Business Park.

Dari semua lokasi ini, perarakan aman menuju ke Business Park.

Kita akan sehampir mungkin ke kawasan itu secara aman kerana difahamkan  akan berlaku sekatan trafik yang luar biasa di Business Park.

Perhimpunan aman ini dijangka akan menerima penyertaan dari luar Pulau Pinang, khususnya dari negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, diharap semua pihak datang lebih awal dengan parkir di Tapak Pesta Seberang Jaya untuk mengelak kesesakan trafik.

Perhimpunan Utama di Business Park akan dipengerusikan oleh Pengerusi NGO Bantah pengAnugerahan warganegara Rakyat Asing (Bara) Khairul Ishak (01-25487236), Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia (SKM) Amir Ghazali (013-5848386) dan Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) Zolkifly Md. Lazim (012-4810074).

Semua peserta bolehlah memakai baju berwarna hitam sebagai solidariti kita semua membantah kenaikan kos sara hidup rakyat serta pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat.

Semua digalakkan membawa plakad yang membawa mesej bantahan ini dengan penuh sopan kerana kita akan berarak secara aman serta penuh disiplin.

Individu yang melakukan provokasi atau tidak mengikut etika perhimpunan aman ini adalah bukan daripada kalangan kita, serta atas tujuan penganjuran aksi murni ini.

Pihak keselamatan, iaitu Skuad Keadilan Malaysia tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan kelompok perhimpunan Turun 2.0 ini.

Sila telefon semua penama di atas sekiranya berlaku tangkapan polis dan lain-lain untuk mendapatkan khidmat guaman daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sekali lagi, ditegaskan bahawa Turun 2.0 adalah perhimpunan aman. Kita akan membawa mesej keamanan untuk masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Malaysia.

Semua rakyat Malaysia dijemput turun esok! Mohon sebarkan informasi ini sekarang!

Justeru, kita berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan di kawasan Turun 2.0.

Kita turut berharap Putrajaya mnghentikan semua projek menghuru-harakan negara jika ada perancangan seperti aksi memukul pegawai kerajaan yang membabitkan penyokong daripada grup Umno dan Perkasa terbabit baru-baru ini.

Turun! Turun! Turun!

Tiada ulasan: