Ahad, 5 Januari 2014

Barang naik: Geram akan jelajah seluruh Melaka



AHMAD DANIAL 


MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.

Jurucakap Geram, Jauhar Md Dawi berkata program tersebut disifatkan berjaya kerana sambutan orang ramai yang amat memberangsangkan.

"Geram akan mengadakan 'road show'  menjelajah ke semua daerah di negeri ini selepas ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengapa harga barang dan kos kehidupan naik.

"Kita juga akan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi situasi yang mencabar ini," ujar Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Jauhar berkata majoriti rakyat yang ditemui mengeluh dengan kenaiksn harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Program pagi ini dimulakan dengan pengedaran risalah dan kenyataan akhbar di Pasar Besar Melaka Sentral.

Selepas program di pasar besar tersebut petugas-petugas Geram telah bergerak ke Pekan Bukit Baru mengedarkan risalah.

Antara pimpinan PR negeri yang turut hadir ialah bersama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua DAPSY Melaka Damian Yeo.

Tiada ulasan: