Jumaat, 6 Disember 2013

Patut ramai orang macam Dr Rani Othman


Oleh Mohd Sayuti Omar


Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam PAS yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merebut jawatan.

Apabila beliau tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau seronok dan gembira, siap dibuat sedikit kenduri sebagai menyatakan kesyukuran. Kenapa? Tentu bagi orang lain apabila digugurkan daripada jawatan itu berasa sedih atau terkilan. Apa lagi PAS Selangor di bawah pimpinan Dr Rani mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lalu, sepatutnya jawatan itu terus dikekalkan kepadanya.

Mungkin kalau kedudukannya tidak dijelaskan oleh Setiausaha Agung PAS Mustapa Ali, bahawa Dr Rani telah minta agar jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak diteruskan selepas muktamar ke-59 lalu, mungkin ada orang menganggap penguguran itu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Tetapi mujurlah Mustapa menjelaskan pengguguran itu adalah atas permintaan Dr Rani sendiri. Menurut Mustapa sebelum muktamar, Dr Rani menulis surat kepada presiden agar tugasnya sebagai pesuruhjaya tidak lagi disambung.

Sebenarnya penolakan seperti itu bukan sekali ini sahaja, (Dr Rani seronok dan redha) tetapi sudah ada kejadian sebelum ini yang memperlihatkan siapa dia Dr Rani sebenarnya. Dia seorang yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mengejar pangkat dan kedudukan.

Kalau ikut kepada senioriti di dalam parti beliau sepatutnya diangkat menjadi Exco Selangor sebagai memenuhi kouta ditetapkan untuk PAS tetapi itu tidak menjadi. Sewaktu Hassan Ali dipecat daripada menjadi exco, Dr Rani sepatutnya mengambil tempat itu tetapi tidak berlaku, sebaliknya Dr Yunus yang diambil menjadi exco.

Dr Rani tidak terkilan dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang baik. Beliau tidak menunjukkan apa-apa sikap protes atas kesongsangan itu. Paling aneh dan melucukan lagi dia berterima kasih atas apa yang tertakdir.

Pelik dan ajaib perangai Dr Rani. Orang yang mengejar kedudukan dan gila glamour tentu akan murih kepadanya dan tidak faham dengan sikapnya. Tetapi bagi mereka yang menyedari peranan dan tangungjawab seorang pemimpin itu besar, menerima dengan baik pendirian dan sikap itu. Mereka akan puji cara Dr Rani berpolitik. Itulah politician yang sebenarnya dari kaca mata Islam.

Bagi saya apa yang diamalkan Dr Rani itu, itulah sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berjuang dijalan Allah. Soal pangkat dan kedudukan atau gaji bukan perkara utama. Yang penting ialah sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi wadah perjuangan.

Selagi sumbangan bakti boleh disalurkan tanpa jawatan, untuk apa memang jawatan. Seseorang yang memegang jawatan bukan mudah tetapi ia amat berat, lainlah kalau menganggap jawatan itu sebagai seorang CEO yang mana perlu kumpul duit sahaja untuk menampakkan prestasi syarikat sihat dan maju serta menunjukkan kehebatan pengurusannya.

Syabas kepada Dr Rani atas pendirian dan sikap yang diambil dan istiqamah pula dengannya. Sejarah akan mengenang Dr Ranis seorang pejuang yang ikhlas dan tidak pernah mengejar kedudukan dan pangkat. Saya mengenai Dr Rani sebagai seorang pramedik yang sering mrnghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka di serata dunia. Mungkin profesyennya sebagai doktor menjadikan dia seperti itu. Tahniah sahabat. - msomelayu.blogspot.com,

Tiada ulasan: