MT Umno: Terima tidak, tolak pun tidak  
 Pendawah Bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias semasa berceramah pada Malam Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah' di Taman Kejiranan Air Panas di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

Beliau berkata, buat masa ini, masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut.

"Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya juga mempunyai syarat-syarat saya untuk dikemukakan," katanya dalam ceramah Maal Hijrah anjuran Umno Setiawangsa, di sini sebentar tadi.