Jumaat, 6 Disember 2013

Keputusan kes protes minyak KLCC tangguh Februari 2014

Oleh Bashar Abkadir


KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menanggguhkan keputusan kes demonstrasi memprotes kenaikan harga minyak di KLCC lima tahun lalu kepada 11 Februari 2014.

“Perbicaraan hari ini ditangguhkan, sebutan kes akan dibaca pada 29 Januari dan keputusan hakim pada 11 Februari 2014,” kata hakim Mohamad Sekeri Mamat, hari ini.

Perbicaraan berhubung penahanan 45 aktivis termasuk ahli politik ketika mengadakan himpunan Protes kenaikan harga barang pada 26 Januari 2008.

PROTES_2008

Sebelum ini, kesemua 45 OKT boleh bebas tanpa jaminan jika tiada hujah yang boleh mengaitkan mereka dengan dakwaan kes.

Namun jika mahkamah mendapati wujud keraguan, mereka perlu mengemukakan hujah bela diri.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan tanpa permit polis dan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Antara yang ditahan ialah Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Naib Presiden KEADILAN Tian Chua, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim, Dr Hatta Ramli dan puluhan aktivis lain.

Tiada ulasan: