Rabu, 18 Disember 2013

Elaun Exco, Adun Perlis Dinaikkan Mulai Januari Ini

MSTAR ONLINE


KANGAR: Elaun anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan anggota dewan undangan negeri (Adun) di Perlis akan dinaikkan mulai 1 Januari ini.

Menteri Besar Azlan Man berkata keputusan kenaikan elaun itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 29 November lalu.

Kenaikan elaun ini diputuskan selepas mengambil kira tanggungjawab dan perkhidmatan yang kini dipikul oleh Exco dan Adun, bagi memenuhi harapan rakyat, katanya menjawab soalan Nurulhisham Yaakob (BN-Simpang Empat), di Dewan Undangan Negeri, di sini Selasa.

Katanya kerajaan negeri juga mengambil kira pelarasan gaji dan elaun Exco serta Adun yang dibuat oleh beberapa negeri baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan kadar kenaikan itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: