Jumaat, 29 November 2013

 
Hasil debat bukan boleh memajukan Sabah dan Sarawak, malah memecah belahkan masyarakat.




KUCHING: Pembentukan Malaysia mula diragui oleh warga Sabah dan Sarawak malah wujudnya kumpulan nasionalis menghangatkan lagi pentas politik negara.

Debat terbuka antara wakilKetua Menteri Sarawak iaitu Idris Buang, ahli tertinggi parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan kumpulan aktivis facebook mendapat reaksi panas di laman sosial.
Ada yang memberi reaksi positif dan negatif mengenai debat terbuka tersebut.

“Hasil debat bukan boleh memajukan Sabah dan Sarawak, malah memecah belahkan masyarakat.
Beliau boleh berdebat kerana beliau berkuasa,” ujar Sengapa Rembang, orang awam yang memberi pandangan mengenai isu ini.

“Jika beliau mahu berdebat, kita cabar beliau pergi bersemuka atau tolong kaum Penan di Murum,
“Beliau cuma mahu tumpang populariti untuk menjadi calon pilihan raya negeri yang akan tiba tidak lama lagi,” tegas beliau

Seperti yang sedia maklum, laporan FMT kelmarin menyiarkan pencabar Idris iaitu penulis blog, pentadbir halaman dan kumpulan aktivis facebook seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Sarawak Sovereignty Movement (SSM) dan The Future of Sabah/Sarawak serta Sabah Sarawak Federation (SSF).

Idris, dalam menerima cabaran melalui posting Facebook, berkata individu-individu dan kumpulan terbabit telah “menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk merdeka dari Malaysia malah menyifatkan mereka sebagai ‘ancaman’.

Sementara itu, pentadbir halaman SSKM, Doris Jones, sebagai pengamal undang-undang di Britain menambah sebagai seorang yang bekerja di Mahkamah (contohnya Mahkamah keadilan untuk para legal) tidak akan berdebat melalui media sosial.

“Saya pernah terlibat dalam perdebatan awam secara langsung, tetapi pertamanya melalui kaedah-kaedah yang anda tahu dengan baik,

“Notis perlu diberikan terlebih dahulu kepada semua panel,

“Kita sebagai pentadbir di SSKM tidak hanya mahu meletakkan kumpulan kami sebagai persaingan kepada mana-mana kumpulan lain Borneo. Itu bukan dasar kami di semua.” tegas beliau

Seperti dalam laporan FMT, menteri-menteri di Sarawak pula berbelah bahagi dengan keputusan menyemak semula Perjanjian Malaysia.

Menteri Pembangunan Tanah, Datuk James Masing dipetik akhbar tempatan berkata, Persekutuan Malaysia dan kedudukan Sarawak harus dikaji semula.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi memberi amaran kepada pemimpin parti supaya jangan membangkitkan isu Perjanjian Malaysia.

Tiada ulasan: