Sabtu, 30 November 2013

Peguam salahkan AG gagal kes Aminulrasyid


MALAYSIA KINI
 
 
 
Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab apabila tiada pihak dipersalahkan dalam kes kematian remaja sekolah Aminulrasyid Amzah, kata peguam kepada keluarga arwah.

Keputusan mahkamah rayuan membebaskan Koperal Jenain Subi pada Selasa menjadikannya "kegagalan lengkap" dalam memberikan keadilan kepada keluarga mangsa tembakan polis itu, kata N Surendran dan Latheefa Koya.

NONEDalam kenyataan bersama semalam, kedua-dua peguam itu berkata, keputusan itu sekali gus menjadi "kepiluan dan kesedihan yang besar" kepada anggota keluarga.

"Yang paling dipersalahkan AG Abdul Gani Patail, yang mesti bertanggungjawab atas sebuah lagi pendakwaan gagal dalam kes kepentingan awam berprofil tinggi," kata mereka.

"Gani cuma membuat pendakwaan selepas tekanan awam yang besar; pada mulanya pihak berkuasa hanya mahu melambatkan perkara itu dengan mewujudkan inkues dan bukannya pendakwaan jenayah."

NONEJenain pada 26 November lalu kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas dakwaan menyebabkan kematian Aminulrasyid tiga tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Jenain tiada niat menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan ke arah kereta Proton Iswara yang dipandunya.

1 ulasan:

fatma berkata...

BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com