Rabu, 2 Oktober 2013

Satu Lagi Kejadian Bunuh; Pihak Berkuasa Perlu ‘Serius’

BULETIN ONLINE


MARANG – Satu lagi pembunuhan telah berlaku dalam tempoh seminggu di negeri ini menolak dakwaan bahawa negeri Terengganu adalah bebas dari masalah jenayah dan perlu diberi perhatia serius oleh pihak keselamatan.

Timbalan Pengarah Majlis Tindaka DUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, mangsa, Abdul Faiq Manah 20-an, telah meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam selepas berlaku satu pergaduahan di Kampung Bukit Parit dekat sini pada malam semalam Isnin 30 September.

“pergaduhan telah berlaku di Bukit Parit, sekitar jam 9.30 mlm tadi, mangsa pergi kerana mahu menolong adikya selepas mendapat tahu adiknya terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai,

“malagnya apabila sampai di lokasi, mangsa telah diitikam dengan senjata tajam. Maklumat terkini dilaprokan, mangsa telah meninggal dunia,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu dengan ayah mangsa di Balai Polis Marang semalam.

Ustaz Sulaiman menggesa pihak keselamatan dan Jabatan Pelajaran memberikan perhatian serius terhadap masalah moral yang menimpa masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat masih dalam bangku persekolahan.

“Perkara ini perlu dilihat serius oleh pihak yang berwajib, lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang masih lagi berada dibangku persekolahan. Gejala ganas dan jauh dari akhlak Islam ini,

“bukan semata-mata meletakan kesilapan kepada mereka yang terlibat sahaja, tetapi suasana yang mendorong ke arah itu,”jelasya.

Beliau menambah, dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu mengambil tanggungjawab bersama untuk menangani masalah tersebut, bukan sahaja melakuka usaha pencegahan tetapi kembali kepada penyelesaian Islam.

“Masyarakat perlu melakukan tuntutan kepada pemerintah untuk kembali kepada solusi yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. Pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas bukan sahaja mampu untuk membendung gejala yang seumpama ini,

“bahkan mampu memberi keadilan kepada semua yang terlibat,”katanya.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Pada minggu lalu, seorang pemilik kedai perabot berketurunan Pakistan ditemui mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badannya dalam kejadian di Kampung Padang Nenas di sini, Sabtu 28 September.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa Hadi Khan Yusof, 55, ditemui mati oleh seorang pemandu lori yang datang untuk menghantar perabot di kedai berkenaan.

Tiada ulasan: