Jumaat, 4 Oktober 2013

Pajakan 30 Tahun Tanah oleh Felda Akan Jejaskan Peneroka

BULETIN ONLINE


Ketua Penerangan Anak, Nazara Muda, membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.53 petang berhubung usaha terbaru Felda untuk mengambil alih tanah penerokan secara pajakan

report polis nazara muda1

Nazara dalam laporannya mengadu, beliau merasa Felda sedang merancang untuk menjejaskan hidup peneroka dengan memajak tanah peneroka selama 30 tahun.

Kebimbangan beliau, yang juga seorang anak peneroka, tanahnya akan tergadai kerana berdasarkan maklumat daripada maklumat yang diterimanya dari rakan-rakan peneroka di beberapa buah rancangan tanah Felda.

“Pajakan perlu didaftar di Pejabat Tanah dan geran berasingan akan dikeluarkan yang memihak kepada Felda. Taklimat tersebut dibuat pegawai Felda kepada peneroka di Felda Kemahang 1 Kelantan, di Felda Sungai Tengi Selangor dan di Felda Teloi Kanan, Kedah.

report polis nazara muda

“Kalau kita sebagai pemegang pajakan selama 99 tahun boleh gadaikan tanah untuk maksud pinjaman, begitu juga Felda boleh gadaikan pajakan dengan mana-mana bank atau pihak ketiga untuk mendapatkan pinjaman.

“Berdasarkan maklumat ini saya bimbang tanah saya akan dilibatkan dengan penggadaian,”menurutnya sebagaimana laporan polis yang dibuat.

Menurut beliau juga, Felda melanggar sekatan yang menetapkan bahawa tanah tidak boleh dijual, dipajak atau digadai kepada mana-mana pihak melainkan degan kebenaran daripada Kerajaan Negeri.

“Felda masih berdegil untuk mendapatkan pajakan tanpa menghiraukan sekatan tersebut.

“Saya yakin hasrat utama Felda adalah untuk gadai tanah peneroka kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman.

“Kalau tanah sendiri telah dipajak dan perjanjian penyelenggaraan diserah hak, maka apa gunanya terus memajak tanah peneroka kalau bukan untuk salah guna?” katanya.

Justeru beliau meminta pihak polis menyiasat proses pengambilalihan tanah peneroka ini.

“Saya bimbang kesan gadaian sekiranya pinjaman dibuat daripada pihak bank dengan disandarkan pajakan peneroka, maka bank boleh sekiranya kegagalan untuk membayar pinjaman di pihak Felda, kemungkinan pihak bank melelong tanah peneroka yang dipajak kepada Felda,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden Anak, Mazlan Aliman, penasihat ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop dan peguam Anak, Haris Abdullah.

Tiada ulasan: