Rabu, 2 Oktober 2013

Kerajaan Umno-BN Gagal Bela Nasib Peniaga Melayu

BULETIN ONLINE


Saya amat kesal dan merakamkan rasa simpati terhadap para peniaga yang terdiri dari orang-orag Melayu yang diusir oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dari Pasar Besar Chukai, Kemaman, ke kawasan Pasar Borong di Gong Pauh, Chukai.

Tindakan MPK dan kerajaan Umno serta Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu itu umpama ‘menabur pasir’ ke dalam ‘periuk nasi’ lebih 32 orang peniaga yang bergantung hidup sepenuhnya dari rezeki hasil jualan mereka.

Lebih malang lagi bagi seluruh rakyat negeri Teregganu adalah semua pegawai yang berkhidmat dengan MPK, para Exco kerajaan egeri Terengganu dan Menteri Besar negeri Terengganu adalah orang-orang Melayu.

Dalam pada Umno berkempen menjelang pemilihan pemimpinnya, mahu melakukan ‘transformasi’ dan meningkatkan ekonomi bumiputera serta orang-orag Melayu, Umno Bahagian Kemaman yag diketuai oleh Dato’ Seri Ahmad Said mengusir ‘anak beranak’nya sendiri.

Sebelum ini, pendapatan dari perniagaan para peniaga yang telah bertapak sekian lama di Pasar Besar Kemaman menjual pelbagai barangan termasuk kain baju, keropok, golok, pisau, parang, mata cincin, mainan kanak-kanak, ubat tradisional, jam, surat khbar, majalah, buku ugama, barangan lama, dapat menampug kehidupan seluruh keluarga mereka.

Namun pada hari ini, setelah 12 tahun berniaga di Pasar Besar, saya dimaklumkan oleh seorang peniaga tersebut, mereka haya dapat hasil jualan sebanyak RM25 sahaja ditempat baru tersebut.

Persoalannya, apakah pihak MPK dan kerajaan Umno-BN tidak tahu bahawa operasi Pasar Borong Gong Pauh Chukai bermula pada jam 4.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi pada setiap hari?

Apakah para pegawai MPK dan pemimpin kerajaan serat pemimpin Umno tidak tahu, selepas jam 8.30 pagi, Pasar Borong Gog Pauh akan menjadi kawasan yang sunyi sepi dan tidak ada pengunjung?

Bagaimanakah para peniaga yang dahulunya dapat menjalankan urusiaga mereka sepanjang hari di Pasar Besar Chukai mahu menerukan kehidupan mereka?

Apa jua pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Terengganu adalah bukan untuk pemimpin Umno tetapi adalah untuk rakyat dan penilaian semula mesti dibuat ke atas tindaka memindahkan peniaga dari Pasar Besar Chukai ke Pasar Borong Gong Pauh.

Saya juga mahu menegur tindakan pegawai MPK yang degan sombog berkata,”kalau YB Chukai Haji Haafiah mari, perkara (perpidahan) ini juga tidak akan selesai” apabila para peniaga datang merayu kepada mereka.

Para pegawai harus sedar, tanpa rakyat, kerajaan tidak ada dan jawatan yang wujud dimana para pegawai medapat rezeki itu juga adalah kerana rakyat.

Ingatlah, Allah tidak suka dan murka kepada orang-orang yang sombong!

Ikhlas dari saya,
Haji Hanafiah Ramly @ Mat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai

Tiada ulasan: