Isnin, 16 September 2013

Perubahan politik lebih besar pada PRU-14

BELETIN ONLINE


KEMAMAN – PAS percaya, rakyat akan membuat satu perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku pada masa kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, isu-isu berkait dengan keselamatan dan pembangunan yang menyentuh kehidupan seharian rakyat meruapakan isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“isu-isu seperti seperti kejadian jenayah yang berlaku, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran kenaikan harga minyak, adalah masalah-masalah ‘urat nadi rakyat’ yang gagal diselesaikan,
“kerajaan Umno dan Barisan Nassional (BN) sudah tidak mampu memberikan perkhidmatan yang baik………rakyat perlu membuat erhitungan yang jelas pada PRU-14 akan datang,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat sebuah kedai makan yang terbakar di Geliga Besar dekat sini lewat petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan beliau selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman yang baru, pada Mesyuarat Agung Kawasan itu Kali Ke-53 yang diadakan di Pusat Pengajian Taman Islam pada Sabtu 14 September.

mat_24

Sehubungan itu, beliau akan mewujudkan sebuah pasukan penerangan yang bekerja dgn penuh iltizam untuk menyampaikan maklumat PAS kepada semua pengundi di parlimen Kemaman melalui pelbagai kaedah.

Hanafiah turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pemilik kedai makan yang terbakar Rozi@Rozita bt Mat,34, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak.

Katanya, ketika kejadian berlaku, Rozita berada di dapur sebelum terkejut mendengar lampu kalimantang di dalam bilik tidurnya jatuh ke atas lantai.

“(dia) terkejut dengar lampu kalimantang di dalam bilik tidur jatuh atas lantai sekali dengan api, kemudia dia cuba padamkan api dengan pemadam kebakaran tapi gagal sebab api marak dengan cepat. Masa cuba padam tangan dan kakinya melecur. Kejadian berlaku pada jam 5.45 petang,”jelas Hanafiah.

Dalam perkembangan yang sama, Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kemaman telah memilih Yang DiPertua baru apabila Pengarah MTD Kemasik Ustaz Alias Abdul Hamid dipilh menggantikan penyandangnya Ismail Harun.

Ustaz Alias ketika bercakap kepada pihak media, berazam meningkatkan pencapaian di kawasan parlimen Kemaman dan berusaha agar lebih banyak DUN dimenangi oleh PAS pada PU-14 akan datang.

Sementara itu, Ustaz Nik Nasri Nik Malek kekal sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman. [Gambar kanan - Ustaz Nik Nasri bersalaman dengan YDP baru, Ustaz Alias Abdul Hamid]

Tiada ulasan: