Rabu, 4 September 2013

Bekas siswa gagal rayu keputusan kes demo anti-ISA

MALAYSIA KINI
 
Lima orang bekas penuntut universiti gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan Seksyen 27(5) Akta Polis tidak mengikut perlembagaan dan membatalkan sabitan ke atas mereka.

Peruntukan dalam Akta Polis itu dimansuhkan pada tahun lalu dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti diketuai Hakim Datuk Seri Apandi Ali memutusan bahawa isu tersebut bukan perkara akademik walau dengan pemansuhan berkenaan.

Beliau memutuskan bahawa rayuan siswa berkenaan, yang menyertai satu perhimpunan anti-ISA 12 tahun lalu, tidak mengandungi merit.

Beliau mengekalkan denda RM3,900 ke atas siswa terbabit dan berkata pihak berkuasa boleh mengenakan sekatan tertentu mengikut undang-undang.

"Ia tidak menyekat hak untuk perhimpunan aman... kerana pihak berkuasa boleh mengenakan peruntukan mengikut kepentingan lebih besar dalam mengekalkan keamanan,” katanya.

Keputusan itu disokonga Hakim Datuk Linton Albert. Seorang lagi anggota panel Abdul Hamid Sultan Abu Backer membantah.

Kes tersebut pada awalnya melibatkan tujuh orang siswa yang didakwa melanggar Seksyen 27(5)(a) Akta Polis yang membawa hukuman denda antarta RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun jika disabit kesalahan.

Seorang daripada dibebaskan dari pertuduhan.

Dua lagi – Zulkefle Idris dan Ramzan Ali – meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Tiada ulasan: