Selasa, 20 Ogos 2013

Polis Bantuan Langkah Proaktif PBT Perangi Jenayah


polis bantuan

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, berkata inisiatif polis bantuan oleh Kerajaan Negeri merupakan langkah proaktif membantu PDRM menangani kadar jenayah di Selangor.

Beliau menjelaskan polis bantuan dilihat perlu kerana ia mempunyai kuasa tertentu dan peralatan tertentu, lantas menjadikannya lebih berkesan dari pegawal keselamatan.

“Sebelum ini ramai yang mengupah pengawal keselamatan ini tidak dapat melakukan tugas dengan baik untuk menangani penjenayah yang mempunyai senjata yang lebih berat,” kata beliau.

Beliau berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban PDRM.

“Polis perlu dilihat menjalankan tugasnya agar lebih ramai berada di jalanan agar penjenayah merasa lebih gerun,” tambahnya.

Lau berkata anggota-anggota Polis Bantuan akan diberikan pengenalan khas dari PDRM bagi mengelakkan salahguna kuasa.

“Sekiranya berlakunya salahguna kuasa tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melanggar undang-undang,” kata beliau.

Tiada ulasan: