Selasa, 20 Ogos 2013

MBPJ Peroleh Kelulusan 50 Anggota Polis Bantuan


Yeo Bee Yin damansara utama 01

SHAH ALAM : PDRM memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan bagi mempertingkatkan keselamatan di premis-premis milik PBT dan Mahkamah.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata pasukan Polis Bantuan dengan kekuatan 50 anggota ini boleh membantu PDRM menumpukan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan lain.

“Permohonan untuk mendapatkan seramai 50 Polis Bantuan ini merupakan projek perintis yang akan ditambah mengikut keperluan dari masa ke semasa,” kata beliau.

Sementara itu, pihaknya juga sedang berbincang dengan PDRM untuk membenarkan polis bantuan membuat rondaan keselamatan di kawasan-kawasan lain.

“Kita akan berbincang dengan pihak Polis kerana Polis Bantuan mempunyai kuasa yang terhad. Polis bantuan ini hanya boleh membuat kawalan di bangunan milik MBPJ dan mahkamah sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata, usaha kini digerakkan agar pihak berkuasa tempatan lain di kawasan Lembah Klang juga diberi kelulusan yang sama.

Tiada ulasan: