Ahad, 4 Ogos 2013

Jangan campur adukkan politik dan pentadbiran

BULETIN ONLINE

KEMAMAN – Penjawat Awam khususnya yang bertugass di daerah Kemaman diingatkan supaya tidak mencampur adukkan politk dan pentadbiran kerana ia akan melambatkan pembangunan dan merugikan seluruh rakyat.

hanafiah mat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat mengharapkan para pegawai dapat menumpukan perhatian kepada perkhidmatan, kerana ‘musim pilihanraya’ telah pun tamat.

“pada akhir Ramadhan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua penjawat awam dan memberi ingatan khususnya kepada para petugas di Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman supaya dapat menumpukan perkhidmatan berbakti kepada rakyat,

“laksanakanlah semua rancangan yang telah dibuat bukan kerana parti PAS atau kerana parti Umno, tetapi untuk rakyat yang merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan, bukan sahaja di dunia malah sehingga hari akhirat,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan bahawa pejabat pembangunan daerah Kemaman telah membatlkan semua perancangan bagi projek-projek pembangunan yang telah dibuat oleh mantan ADUN Chukai Dato’ Mohamad Awang Tera.

Selaku wakil yang dipilih oleh rakyat, beliau bersedia memberikan khidmat untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan.

“di sisi rakyat tidak ada bezanya, saya selaku wakil rakyat dan para pegawai selaku penjawat awam, sama-sama mahu memastikan rakyat mendapat faedah semaksima mungkin,”tambah beliau.

Kepada seluruh penduduk Kemaman, khususnya Dun Chukai beliau menjemput kepada sesiapa yang berkesempatan dapat menjamu selera dalam program rumah terbuka sempena hari raya aidul fitri yang akan di anjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Chukai pada hari Jumaat 9 Syawal akan datang.

Majlis tersebut, katanya, akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang di hadapan Pasar Besar Kemaman.

Tiada ulasan: