Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang piala FA.

"Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang piala FA.  Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Pasukan Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Bernama