Ahad, 21 Julai 2013

Liow sahkan tanding jawatan presiden MCA


MALAYSIA KINI


 
Timbalan Presiden MCA ,Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti yang akan datang.

Dalam wawancara oleh akhbar China Press, Liow berkata sebagai ketua pasukan petugas transformasi MCA, beliau menjelajah ke seluruh negara dan mendengar suara akar umbi MCA.

NONEKatanya, beliau membuat keputusan itu selepas pertimbangan yang teliti dan setelah menyedari hakikat bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan beliau tidak akan menawarkan diri untuk dipilih semula.

Chua pada 6 Mei, selepas MCA mengalami keputusan yang paling teruk dalam pilihan raya umum ke-13, berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang, yang akan diadakan pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin bahawa Chua mungkin telah berubah fikiran dan kini sedang mendapatkan sokongan untuk mempertahankan jawatannya.

Khamis lalu, musuh lama beliau, bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat, meramalkan Chua akan bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, Chua tidak menjawab dakwaan tersebut.

Apabila ditanya mengenainya, Liow berkata, alasan Chua bagi menemui akar umbi adalah untuk membantu memulihkan MCA.

Ditanya apa yang beliau akan lakukan jika Chua berubah fikiran, Liow berkata, "Mari tunggu dan lihat."

Tiada ulasan: