Selasa, 2 Julai 2013

Kit Siang persoalkan kejujuran Muhyiddin untuk jaga kepentingan semua kaum

THE MALAYSIAN INSIDER

Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) mempersoal kejujuran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bercakap mengenai kepentingan semua kaum berikutan ia hanya  terpacul dua bulan pilihan raya umum (PRU) ke-13, berakhir.

Mengalu-alukan kenyataan yang merujuk kepentingan dan masalah semua kaum termasuk golongan bandar, beliau menyifatkan ia sebagai suatu perkembangan baru.

"Ini tak ubah seperti menghirup udara segar selepas menyaksikan orang Cina diserang dengan isu perkauman dan gambaran keputusan PRU 13 seolah-olah berlaku tsunami Cina sedang ia sebenarnya tsunami Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian hari ini sebagai reaksi  kepada ucapan 'perpaduan' Muhyiddin pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Sabtu lalu.

Muhyiddin menyentuh isu kepentingan dan 'isyarat' pengundi muda dan golongan bandar pada PRU 13 dan percaya sokongan mereka bergantung kepada keupayaan BN menangani isu berkaitan.

Menyatakan isu yang dibangkit golongan urban memberi impak kepada pelbagai kaum dan perlu penyelesaian segera, ucapan beliau memberi penekanan terhadap kepentingan tolenrasi kaum.

Bagimanapun, Lim tertanya-tanya sampai bilakah Muhyiddin mampu mengekalkan peranan sebagai timbalan perdana menteri 'sebenar' berdasarkan kenyataan sebelum PRU 13.

"Ia berlawanan dengan kenyataan Muhyiddin pada Mac lalu yang menyatakan beliau adalah 'Melayu pertama, Malaysia kedua'," katanya.

Beliau berharap Muhyidin tidak hanya menjadi timbalan perdana menteri kepada 47 peratus pengundi BN, sebaliknya memainkan peranan itu bagi semua rakyat Malaysia

Tiada ulasan: